March 2015 | SITI.YANG.MENAIP

Entri sebelumnya di SINI.

TRIP GENG BULAT 2015 | PULAU PINANG - MAKAN PASEMBOR DI PADANG KOTA LAMA. Lepas selesai semua kami terus ke Padang Kota Lama nak makan Pasembor pula. Mai Pulau Pinang tak makan tak completelah journey. Di Padang Kota ada kedai pasembor yang agak terkenal. Actually aku nak bawa kawan-kawan aku pergi area yang Arz Moha suggested tapi aku rasa masa dah suntuk. Aku tak pernah sampai tempat tu jadi masalah pula nak mencari. Jadi aku bawa kawan-kawan aku makan kat tempat yang aku tahu. Taaaraa !! Cuci mata tengok udang. Aku memang dah berniat nak belanja kawan-kawan aku makan sesekali datang dari jauh. At first kami tak ambil pun udang. Tahu harga mencekik. Tapi Ciqen nak udang jadi okaylah aku belanja udang seorang seekor. Hasil kenyit mata dapatlah harga kurang sikit lagi.


Jujur cakap nak share dengan korang semua. Pasembor okay dah rasa tapi udang tu yang tak okay. Yang hampa semua nampak udang besar saja tapi seriously tak chewy dan garam pun tak ada. Sadis sungguh aku rasa. Tapi dah bayar punya pasal telan sajalah. Jadi next time mohon tahan nafsu nak makan udang dengan pasembor. Pi makan udang kat tempat lain. Ciqen dan Yantai siap order char kuey teow. Actually kat Padang Kota bukanlah tempat yang ideal kalau nak makan char kuey teow. Bolehlah nak lepas kempunan tapi kalau rasa mampu tahan carilah kat tempat lain. Ciqen dah zikir char kuey teow sejak sampai jadi aku biarkan sajalah dia order char kuey teow. Dalam mind aku nak suruh dia rasa char kuey teow kat next destination tapi dia dah order. Senyap sajalah. Lepas masing-masing dah macam ular sawa kami terus pusing-pusing kawasan sekitar saja. Tak boleh lama sebab masih ada satu destination crucial yang aku nak bawa kawan-kawan aku pergi.




 

  

Cukup sekadar ambil gambar di papan tanda. First time aku bergambar di signage Padang Kota. Tak pernah aku buat selama ni. Scene melompat wajib ada. Onni memang suka benar lompat-lompat ni. Memang dia paling rajin nak lompat. Lompat lah Onni puas-puas. Dah kawin nanti jangan buat dah tau. Terkejut mak mertua nanti. Kalau ada masa lebih boleh singgah masuk dalam tapak warisan tinggalan sejarah. If memang berminat dengan sejarah memang berbaloi nak singgah. Kawan-kawan aku nak masuk jenguk apa ada kat dalam. Aku tak kasi sebab nak kejar masa. Selesai bergambar aku terus pecut ke next destination. Alhamdulillah semua yang dirancang went smoothly. Timing pun cantik tak ada yang drag masa lama sangat.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Entri sebelumnya di SINI.

TRIP GENG BULAT 2015 | PULAU PINANG TOY MUSEUM DI TELUK BAHANG. Part mana aku berhenti cerita pun aku dah lupa. Banyak pula entries came up before aku dapat sambung tentang Trip Geng Bulat. Those yang belum baca cerita-cerita lepas mohon pergi baca cepat sebelum korang bertukar jadi anai-anai. Lepas masing-masing dah kenyang isi perut, kami teruskan perjalanan mengikut itinerary yang dah dirancang. Nak bercuti around Pulau Pinang pun kena ada rujukan juga. Walaupun aku dah menetap di Pulau Pinang almost 24 tahun tapi sekali pun aku tak pernah jejak kaki kat tempat yang kami nak pergi.

TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG : TOY MUSEUM

Terang-terang cakap dah kami pergi TOY MUSEUM. It was a good thing they came righ, aku pun dapat join sekaki. You read it right. Kat Pulau Pinang ada Toy Museum in fact it is the largest Toy Museum in the world. Kalau fact ni tipu maknanya Wikipedia dah bertukar jadi Syiah. Dah pandai membelit. Kalau nak sembang pasal tempat ni dan sejarah penubuhan memang tiga empat bahagian pun tak akan habis. Minum teh tarik dua puluh cawan pun cerita dok bersambung lagi. Jadi kalau rajin boleh baca di SINI. Macam mana owner boleh dapat idea nak buka Toy Museum untuk public. Rajinkan diri korang membaca.


  1. Dari Batu Ferringhi uols drive menghala ke Teluk Bahang.
  2. Di roundabout sila ambil the first exit.
  3. Buka mata luas-luas sebab signboard untuk simpang masuk hanyalah around 50M sahaja.
  4. Boleh juga menaiki bas Rapid Penang : 101, 102 dan 501 atau bas Penang HOHO (beach route) dan turun di Teluk Bahang.
  5. Paling mudah adalah dengan menggunakan teknologi dunia di hujung jari iaitu GPS.
Toy Museum Pulau Pinang
1370, MK2, Teluk Bahang,
11050 Pulau Pinang.

Contact : 012-4602096

Adult : RM10 (MyKad)
Children : RM6






Serbu pergi beli tiket. Cuaca memang panas. Tapi jangan risau. Tempat ni bertutup dan ada aircond. Orang pula tak ada langsung. Memang gersang sungguh. Later adalah few groups of people datang. Meriah sangat pula jadinya tapi aku rasa better meriah dan ramai. Creepy rasanya duduk among patung-patung tu semua. Teringat Toy Stories. Macam manalah kalau all these toys hidup. Settle urusan membeli tiket dan mulalah journey kami masuk ke alam fantasi. At first kami berlima berjalan sama-sama but we ended up berpecah. Masing-masing hanyut dalam dunia masing-masing. Rasa kembali ke zaman childhood. Kita mesti rasa terpaut dengan characters yang kita tahu dan kenal. Jadi disitu nampak juga sebenarnya minat kami berbeza-beza. Tapi ada juga yang sama. Some part just cannot be avoided. Aku rasa the best part dalam Toy Museum ni adalah patung besar yang bernilai ribuan ringgit yang dipamerkan. Memang owner tempat ni tempah khas dari luar negara. They look so damn real. Kalau korang pernah masuk any Madame Tussauds mesti faham perasaan teruja bila tengok figurine artists tu semua. Macam tu lah perasannya bila tengok patung-patung besar watak-watak kegemaran dipamerkan. Even bigger than us. Detailing memang perfect. Yang tak best adalah sebab.. semua patung berada dalam kotak. Tapi haruslah protect. They are not cheap. Kang terpatah tangan jenuh pula customer nak bayar. Disebabkan aku tak berapa pandai ambil gambar gaya photographer pro, jadi gambar pun tak seberapa lawa. Kesian camera aku kejap depan kejap belakang. Nak ambil gambar punya pasal. 

 


 

 

 

 

 

See !! See !! Banyak sangat figurines besar-besar macam ni. Kami jadi extremely teruja. Another good point about bebudak Geng Bulat they are too good untuk posing sana sini. Ada saja idea nak pose macam mana. Akulah paling tak fotogenic. Other than figurines yang besar gabak macam ni, there are thousands of other toys yang dipamerkan. Over 110 000 toys ada kat sini. Teruja !! Rasa kembali jadi budak-budak. They divided into several sections. Ikut category dan jenis toys. Tapi aku main lalu saja mana-mana part yang aku tak berkenan. Tak kuasa nak belek satu-satu rak. Pinar mata aku tengok banyak sangat patung. Dalam satu rak ada empat tingkat pula. Masing-masing penuh dengan toys. Kalau rajin bolehlah tengok satu-satu. Toys dari cerita Pirates of the Caribbean. Ada Jack Sparrow, Will Turner ada kapal Black Jack dan macam-macam lagi yang berkaitan. Barbossa pun ada. Elizabeth Swann jangan dilupakan. Hantu-hantu watak sampingan semua ada. Kalau peminat setia memang confirm sambil tengok sambil zikir nama-nama watak semua.














 




















Aku rasa tempat ni sesuai untuk 80's babies dan 90's babies. Budak-budak generasi baru mungkin teruja untuk tengok patung-patung mainan saja tapi they cannot relate anything dengan zaman mereka membesar. Macam kita lain. Those yang dari kecil membesar tengok Disney cartoons mesti kenal Pinocchio, Snow White, The Bugs Life dan even Marie. Siapa tak pernah tengok cartoon The Aristocats mesti ingat Marie adalah seekor watak kucing semata-mata. Jangan dilupakan Thomas O'Malley, Duchess, Berlioz dan Toulouse. Mungkin sebab Marie adalah yang paling comel sebab itulah popular sampai sekarang. Yang mana lahir-lahir terus masuk generasi hantu KPOP memang tak akan faham perasaan kami. Kalau berharap nak ada patung Upin Ipin atau Boboiboy memang tak adalah. Harapan. Mungkin soon owner akan mula beli toys cartoon baru. Anna dan Elsa yang menjadi kegilaan budak-budak zaman sekarang. Hiccup dan Toothless. Blu dari cerita Rio dan binatang-binatang terkenal Madagascar. Lama juga kami kat sini. Aku tak habis pusing pun. Mana yang sempat tengok sajalah aku tengok. Terlalu banyak. Kawan-kawan aku semua teruja. Macam-macam gaya bergambar. Bagus. Tak sia-sia datang. Janji semua happy. Entah bila nak datang lagi. Yang duduk dekat pun tak pernah singgah. Aku rasa kena repeat lagi datang sini. DediS tak puas hati sebab dia tak ikut sekali. Dia nak juga tengok toys ni semua.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.